Sabtu, 5 Januari 2013

salam da lame da x menaip....xtaula nk taip ape daa ..bersama2 ni d sertakan resepi laksa sarawak...heee Pes Laksa Sarawak sumber : Dayang Jack~ DapurKu Sayang By : Sofea@after6am Bahan-bahan : anggaran 200 gm 8 biji bawang merah* 4 ulas bawang putih* 10-12 tangkai cili kering* 1 inci lengkuas* 1 sk ketumbar 1 sk jintan manis 1 sk jintan putih 3 biji buah keras* 2-3 batang serai* 1 inci belacan bakar* 1/4 cawan kacang tanah (digoreng) 1/4 cawan bijan (digoreng tanpa minyak) sedikit garam sedikit minyak utk menumis Cara-cara : Kisar lumat bahan-bahan yang bertanda *. Bahan-bahan seperti jintan manis/putih, ketumbar, kacang tanah dan bijan dikisar/ditumbuk halus terlebih dahulu sebelum disatukan dengan baha-bahan bertanda *. Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan tadi sehingga keperangan. Tambah garam dan sedikit gula. Kacau rata-rata. Simpan di dalam bekas yang bertutup dan masukkan ke dalam peti sejuk sekiranya ingin menyimpan lama. Laksa Sarawak (Resepi II) bahan-bahan : 6-8 orang makan 200 g pes atau perencah laksa (DJ guna pes laksa HJ Manan) isi ayam secukupnya (direbus dan dicarik halus) 1/2 kilo udang basah 1 bungkus mihun (direndam dan dicelur) 4 biji telur (didadarkan dan dihiris halus) 2 batang serai (diketuk) 200-250 ml santan pekat garam dan gula secukup rasa taugeh (dicelur) sedikit daun ketumbar (diracik) limau kasturi secukupnya (dibelah dua) Cara-cara : Sediakan 2 liter air dalam periuk. Jerangkan. Kemudian masukkan udang yang sudah dibersihkan bersama serai. Rebus hingga udang masak. Kemudian toskan udang. Air rebusan tadi jangan dibuang. Sebaliknya masukkan pes laksa dan kacau menggunakan api perlahan. Masukkan santan dan perasakan dengan garam dan sedikit gula. Masukkan mihun ke dalam mangkuk, letakkan bahan-bahan seperti taugeh, telur, daun ketumbar, isi ayam dan telur. Tuangkan kuahnya dan perahkan dengan limau kasturi. Hidangkan panas-panas. Untuk menyedapkan lagi rasanya, masukkan sedikit sambal udang kering. mmg sedap sambal udang kering dari Dayang nii.. Resepi Sambal Udang Kering bahan-bahan : 6 biji bawang merah (dikisar) 2 ulas bawang putih (dikisar) sedikit belacan bakar (dikisar) segenggam udang kering (dikisar/ditumbuk halus) 4-5 sudu makan cili kisar/cili giling secukupnya sedikit air asam jawa garam dan gula Car-cara : Tumiskan bahan-bahan kisar dan cili kisar tadi hingga pecah minyak. Perasakan dengan garam dan gula dan masukkan air asam jawa. Kacau hingga pekat. ~ bagi sesiapa yg tak pernah rasa laksa sarawak ni, cubalah sekali ...pasti tidak mengecewakan dan nak lagiiii...!

1 ulasan:

  1. nice day :)
    Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan,
    pergilah ke tempat-tempat kamu inginkan,
    Jadilah seperti yang kamu inginkan,
    karena kamu hanya memiliki satu kehidupan
    dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal
    yang ingin kamu lakukan

    http://www.nolimitadventure.com/

    BalasPadam